DAP Memang Kaki Mulut Celupar....Guan Eng Jahil, Ekstrimis Perkauman - Ibrahim Ali

KENYATAAN MEDIA MENJAWAB LIM GUAN ENG

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng yang disiarkan Malaysian Insider bertajuk "'Sober'Khairy now becoming extremist, says Guan Eng." Berikut adalah respons dari PERKASA.

PERKASA menyelar kenyataan Lim Guan Eng yang melabelkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin seorang ektremis sama seperti saya di atas kenyataan Khairy pada Persidangan Sayap Pemuda UMNO yang mahu bukan Bumiputera menghormati Kontrak Sosial yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan.

Jelas, kenyataan Guan Eng ini adalah suatu kenyataan yang bersifat jahat serta jahil dan penuh dengan elemen chauvistik perkauman.

Apakah berjuang untuk mempertahankan hak-hak Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan dari segi pemerkasaan ekonomi, pemberian danasiswa dan mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah suatu bentuk ektremisme ?

Adakah Lim Guan Eng memahami bahawa terdapat peruntukkan2 di dalam Perlembagaan yang dikhususkan untuk menjaga hak2 dan keistimewaan Bumiputera dan kesucian Islam ?

Apakah patut konsistensi dan komitmen saya dalam mempertahankan  hak dan keistimewaan Bumiputera serta kesucian agama Islam digelar sebagai ekstremisme dan disamakan pula dengan seorang pemimpin yang hanya dek kerana Perhimpunan Agung UMNO baru "ada telor" nak bercakap tentang hak Melayu ?

Kenyataan Guan Eng ini menampakkan kedangkalan beliau dalam memahami maksud keadilan.

Adil bukanlah bermaksud sama rata.
Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Dan adalah adil bagi bangsa teras iaitu Bumiputera negara ini mempertahankan hak2 dan kelebihannya kerana ia telah dijamin melalui peruntukan perlembagaan dan hak2 ini telah dipersetujui oleh semua kaum melalui Kontrak Sosial yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Tidaklah ektrem jika seorang Melayu itu bercakap tentang hak2 Bumiputera serta mengingatkan kaum lain berkenaan Kontrak Sosial kerana semenjak ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri, pelbagai provokasi2 yang mencabar hak dan keistimewaan Bumiputera serta kesucian Islam berleluasa yang pastinya boleh menganggu gugat keamanan negara.

Guan Eng janganlah terlalu berani bermain dengan api kerana apabila marak akan terbakarlah diri.

Datuk Ibrahim Ali
Presiden PERKASA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana