DAP boleh berundur dari Pakatan - Tuan Ibrahim...Kenapa PAS Tak Keluar Saja?

Mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat boleh mengundur diri jika tidak boleh menerima kelebihan dan kekurangan parti lain, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata demikian apabila DAP masih tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan mengenai PAS walaupun merasakan segala kemelut dalam Pakatan sudah berakhir.

"Saya tidak faham mengapa masih ada kenyataan buruk mengenai PAS selepas selesai kemelut Menteri Besar Selangor.

"Jika DAP rasa tidak boleh sejalan lagi dengan kami, mereka boleh ambil langkah undur diri. Ini kerana dalam Pakatan hanya ada borang masuk, tiada borang keluar. Jadi jika DAP rasa ada yang tidak kena pada PAS, mereka undurlah diri dan biarkan PAS bersama PKR meneruskan perjuangan politik kami," katanya pada Rabu malam.

Beliau berkata, apabila ada kenyataan yang dibuat, seolah-olah tuduhan atau berprasangka buruk, sudah tentu ia menjadi tanda tanya mengenai perkara yang dibangkitkan.

"Kalau ada rasa tidak puas hati, seharusnya perlu menggunakan saluran yang betul. Saya salah seorang ahli jawatankuasa pimpinan tertinggi parti. Jadi, kalau ada yang tidak puas hati, boleh bawa dalam mesyuarat atau panggil sahaja untuk bincang dari hati ke hati.

"Bercerita kepada umum bukan cara terbaik, malah boleh menimbulkan lebih banyak konflik. Seperti saya katakan, jika ada yang rasa tidak boleh duduk dalam Pakatan, mereka boleh tarik diri. Dalam Pakatan tiada tiket keluar, ada tiket masuk sahaja. Jadi kenalah undur diri," katanya.

Petang Rabu, MP Puchong Gobind Singh Deo mengeluarkan satu kenyataan media keras menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Nik Abdullah yang mempertahankan Abdul Hadi.

"Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

"Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana