CHE' GU BARD: JPJ DITUDUH SENGAJA JADI AGEN KERAJAAN

Gegak gempita media sosial kerana kenyataan Ketua Pengarah JPJ berikutan operasi penguatkuasaan spesifikasi saiz plate kenderaan adalah bagi mengurangkan kemalangan jalanraya. Persoalannya, betul kah itu maksud sebenar kenyataan tersebut?

Tidak ketinggalan menyertai ‘sarkis’ ini adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai Che’ Gu Bard. JPJ dituduh sengaja mencari jalan sebagai ‘agen’ bagi menambah dana kerajaan.

Untuk Pengetahuan Che’ Gu Bard, Apabila sesuatu penguatkuasaan dijalankan, segenap aspek keselamatan perlu diambil kira.

Mengambil contoh nombor plate yang tidak mengikut spesifikasi. Tanya diri sendiri, apakah perkara pertama yang akan dilakukan apabila berlaku kemalangan? Tengok nombor plate bukan? Kenapa? Dan Mengapa? Che’ Gu Bard sebagai seorang yang dikatakan cerdik pandai, mustahil tak tahu perkara ini.

Agaknya, apabila berlaku kejadian kemalangan langgar dan lari, kemungkinan besar Che’ Gu Bard hanya melihat ‘cermin sisi’ kenderaan terbabit sahaja bukan nombor plate yang dicari. Bagi orang normal, kebiasaannya nombor plate lah yang dicari terlebih dahulu.

Jika ianya tidak mengikut spesifikasi dan menyukarkan pandangan dari jauh, bagaimana penguatkuasa dapat menjalankan tugas?

Apabila penguatkuasaan tidak dapat dijalankan, kerajaan dikatakan mengamalkan rasuah dan apabila penguatkuasaan dijalankan, kerajaan dituduh pula cuba mengaut keuntungan dari jumlah saman? Apa yang Che’ Gu Bard mahu sebenarnya?

Tuduhan mengatakan tindakan JPJ adalah kerana menurut arahan kerajaan untuk mengumpul dana, adalah sesuatu yang berniat jahat.

Mengapa Che’ Gu Bard tidak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor sengaja menaikkan caj lesen perniagaan sehingga 400%? Cukai pintu dinaikkan 120%? Sewa rumah pangsa PPR naik 100%? Surcaj air Pulau Pinang naik 100% dan tarif juga dinaikkan? Kelantan menaikkan tarif air sehingga 30% sedangkan kualiti air begitu rendah? Tidakkah tindakan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat membebankan rakyat?

Bukankah itu satu tindakan untuk mengumpul dana kerajaan negeri. Kenapa Che’ Gu Bard membisu? Mengapa Che’ Gu Bard hanya berani mengkritik JPJ?

Sumber: KLXPress

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana