Bumiputera Pulau Pinang mangsa 'rasis tanpa rasisme' DAP?

Sesuatu yang konkrit perlu dilakukan sekarang bagimemelihara keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara jika tidak mahu dimamah rasa hasad dan dengki yang disebarkan oleh musuh utama negara – rasisme.

Kecenderungan untuk mengkalungkan pihak saingan politik dengan tuduhan rasis kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Di sana sini muncul pelbagai gerakan politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyemarakkan gejala ini.

Rasisme mempunyai banyak wajah. Ada pihak yang dianggap rasis berani menyatakan asas dan falsafah di sebalik pendirian dan tindakan mereka. Lazimnya hujah golongan ini mahu mempertahankan kepentingan kaum sendiri.

Namun dan ada juga yang cuba menyorokkan sikap ini dengan menyerang pihak lain terutama yang mahu membela sesuatu kaum atau kelompok masyarakat yang lemah dan ketinggalan, sebagai berfahaman rasis.

Puak sebegini sering melaungkan persaingan terbuka bagi mendapat peluang ekonomi yang saksama. Mereka penganut pemikiran meritokrasi di mana setiap kaum dan kelompok sosial harus bersaing untuk maju dan menikmati hasil pembangunan negara.

Bertopengkan meritokrasi kumpulan ini menolak semangat membantu yang lemah tanpa mengira kaum atas dasar. Mereka mengajukan biar yang pandai, cekap yang mempunyai modal sahaja mengurus ekonomi negara dan rakyat.

Bagi mereka faktor pasaran akan menentukan siapa yang kuat, gigih dan rajin akan menentukan bagaimana kekayaan negara akan diagihkan.

Untuk mencapai matlamat itu, banyak percubaan untuk menulis semula sejarah dengan cuba memberi tafsiran baru apa yang pernah berlaku di negara ini sehingga mencorakkan bentuk dan halatuju masyarakat.

Atas nama keadilan untuk semua, perbicaraan soal peluang ekonomi ini akan disandarkan pada soal hak. Yang sering dirujuk ialah terjemahan berhubung soal hak dan kebebasan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.


Golongan ini sengaja menimbulkan pelbagai kritik dan kontroversi hak kaum dan agama supaya sikap sebenar mereka berhubung isu politik, ekonomi dan segala pembangunan tidak dibicarakan.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana