'Bonafide Of UMNO' Platform Terbaik buat Peguam Muda

KUALA LUMPUR 23 Nov - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu bahawa Bonafide Of UMNO merupakan satu landasan buat kesemua peguam-peguam muda untuk membentangkan idea-idea mereka.

Hishammuddin Hussein berkata, dengan semangat Biro Perlembangan dan Perundangan dari UMNO harus di kekalkan bagi peguam-peguam untuk memikirkan isu perundangan melalui unit perundangan peguam untuk mereka hadapi dalam karier masing-masing

"Bahawa semangatdan roh untuk UMNO ini terus lebih eksklusif, lebih demokratik dan lebih terbuka melalui bidang perlembangaan kita tempoh hari mesti diteruskan di mana Bonafide Of UMNO yang menjurus kepada peguam-peguam untuk memikirkan isu perundangan melalui unit perundangan peguam.

"Bonafide Of UMNO yang diketuai oleh Datuk Razali Ibrahim merupakan satu platform yang begitu tepat kerana sambutan daripada peguam-peguam yang mungkin sebelum ini kita adakan platform untuk bersuara bagi meluahkan perkara-perkara yang mereka hadapi dalam karier masing-masing

"Sekurang-kurangnya melalui ini kita dapat mendekati mereka," katanya kepada pemberita di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Tambah beliau lagi, program hari ini merupakan salah satu contoh transformasi seperti mana yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi memberitahu kepada orang ramai bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang hanya terikat dengan berkempen yang terdahulu.

"Walaupun program hari ini bersama peguam, Yang Berhormat Datuk Rosnah Shirlin sudah mendekati Badan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Perhimpunan Agung kali untuk mendapatkan maklum balas mereka melalui jawatankuasa Biro Perlembangaan dan Undang-undang.

"Ini bermakna kami sedang menggerakkan kearah perubahan dan transformasi yang telah bermula.

"Kadang kala jikalau kita tidak ingatkan kepada orang ramai seolah-olah UMNO ini begitu terikat dengan kempen-kempen terdahulu seperti mana yang wujud sebelum ini.

"Program ini merupakan satu pendekatan yang memberi contoh terbaik bahawa perubahan dan cara kita bawa bagi mendekati segmen-segmen yang berkepentingan dan iaya merupakan satu usaha yang berterusan," katanya lagi.

Sebelum itu, Hishammuddin menghadiri majlis Diskusi Bersama Bonafide Friends Of UMNO anjuran Biro Perlembagaan dan Perudangan UMNO Malaysia bersama peguam-peguam di PWTC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana