Biasiswa adalah wang rakyat, bukan milik JPA atau Umno – Fahmi Zainol...Sebab Kau Tu BODOH

Siapa yang mentadbir Negara selama ini sehingga kehari ini?Bercakap pakai otak jangan pakai dikepala lutut.Sudahlah menentang usaha kerajaan lepas tu hina dan mengutuk kerajaan plak.Kau ingat kerajaan ini apa?

KUALA LUMPUR 12 NOV: Pemimpin mahasiswa, Fahmi Zainol mempersoalkan cadangan Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) untuk menarik balik biasiswa yang diterimanya.
Menurutnya, biasisiwa yang diperolehnya merupakan wang rakyat dan bukan milik mana-mana jabatan kerajaan mahupun parti politik seperti Umno.

Fahmi Zainol2“Sekarang saya lihat kerajaan syok sendiri. Duit ini daripada rakyat bukan tajaan daripada kerajaan. Hak biasiswa ini kepada rakyat, jadi rakyat yang ada kuasa dan pihak JPA tidak boleh sewenang- wenangnya menarik balik biasiswa tersebut.

“Saya tak hina kerajaan malah itu adalah fakta. Saya juga cerita ranking rasuah negara ini paling tinggi dan itu juga fakta, kenapa kerajaan rasa terancam kalau tak betul,” katanya ketika dihubungi.
Fahmi diancam oleh JPA untuk menarik balik biasiswanya ekoran menganjurkan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) pada 30 Oktober lalu.

JPA dalam kenyataannya juga menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan “negatif” dan “provokatif” terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan “Umbrella Revolution” Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyatakan beliau sebagai Ketua mahasiswa yang dilantik berperanan untuk mengkritik perbuatan salah kerajaan.
“Saya rasa bersalah kalau saya tak buat kerja. Saya dilantik oleh mereka yang mengundi saya, mereka mengharapkan saya untuk menentang kezaliman, saya mempunyai peranan yang besar jadi saya rasa ketika saya ada kuasa ini saya perlu jalankan tugas saya dengan sebaik mungkin.

“Saya akan disoal di akhirat nanti, ini masa saya untuk melakukan apa yang telah diamanahkan oleh mereka yang mempercayai perjuangan saya,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana