BERSIH Gesa Rakyat Campur Tangan Isu UM...Jangan Jadi BODOH Seperti NGO BERSIH SUDAHLAH

KUALA LUMPUR 2 Nov - NGO BERSIH menggesa orang ramai mempertahankan mahasiswa Universiti Malaya (UM) daripada tindakan yang didakwa "serangan" ke atas kebebasan mahasiswanya.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada tindakan UM mengenakan sembilan dakwaan terhadap aktivis Fahmi Zainol.

Mahasiswa tersebut pada hujung minggu lalu mengetuai perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus berkenaan.

Susulan itu, lapan lagi mahasiswa lain yang didakwa terlibat dalam himpunan itu turut dipanggil untuk mempertahankan diri mereka.

"Pada 27 Oktober, anak muda ini membuktikan bahawa lebih ramai Fahmi akan muncul.

"Saya percaya semua rakyat Malaysia perlu bersama untuk mengakhiri serangan terhadap mahasiswa dan bersatu, mempertahankan dan melindungi kekbebasan akademik kita," kata Maria dalam kenyataannya.

Fahmi diarahkan menghadap lembaga disiplin UM pada 7 November akan datang untuk menjawab tuduhan-tuduhan ke atasnya.

Beliau perlu menjelaskan kepada pihak universiti akan tindakannya menganjurkan dan menghadiri satu perhimpunan tanpa kelulusan naib canselor, merosakkan reputasi universiti dan menggunakan pembesar suara tanpa kelulusan.

Maria berkata tuduhan itu ganjil dan mencabuli asas kebebasan bersuara dan berhimpun.

“Jika UM menghormati hak-hak mahasiswa untuk mengadakan acara itu dan tidak mengada-adakan sekatan untuk menghalangnya, reputasi universiti pasti tidak akan tercalar," kata Maria.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana