Baru Azmin tahu susah senang jadi MB Selangor....Bang Non Kan Adooo,,,Hu hu hu

Ada beza bercakap sebagai dari kerusi Menteri Besar dan dari kerusi ADUN PKR biasa sahaja... itu pengajaran yang Mohamed Azmin Ali kena akui sejak dua tiga minggu ini.
Bermula dari kisah rampasan Bible, Lebuhraya Kidex, dan terbaru isu air.

Sekali pandang Azmin macam orang lain sebab sebelum ini beliau bukan main galak kritik bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ketiga-tiga isu ini.

Akhirnya... dari kerusi Menteri Besar barulah Azmin tahu payah rupanya hendak 'bermain dengan kuasa' ini jadi terpaksalah ikut saja apa yang diwarisi dari Abdul Khalid.

Pada Rabu beliu bersetuju  dengan pembelian saham Pengurusan Air Selangor (PNSB) dengan Puncak Niaga Holdings Bhd dengan alasan memudahkan Kerajaan Selangor melalui Air Selangor mengambil alih dan menyusun semula operasi kedua-dua syarikat berkenaan.

 Sekaligus dapat memberi tumpuan dalam usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan.

"Dengan pembelian saham ini, sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi SYABAS dan PNSB.

"Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor," katanya.

Menurut Azmin, pihaknya juga berhasrat meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selain meneruskan proses pengambilalihan dua lagi syarikat konsesi air negeri itu.

"Langkah seterusnya di dalam proses penstrukturan industri air ini ialah memuktamadkan pengambilalihan dua lagi syarikat konsesi iaitu ABASS dan SPLASH mengikut kerangka dasar yang menjamin kepentingan rakyat Selangor.

"Saya yakin ada ruang-ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh," ujarnya.

Ujarnya, ruang-ruang itu termasuklah memastikan pembinaan Projek Langat 2 (baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan) dinilai secara objektif oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak ada unsur-unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat.

Tambah Azmin, beliau yakin dengan amalan keterbukaan dan ketelusan yang dititikberatkan oleh pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor dalam proses penstrukturan air, persetujuan dengan semua pihak yang terbabit untuk menyempurnakan penstrukturan air dapat dicapai dalam tempoh terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana