Banggangnya...Khalid Samad ditempelak berkeras mahu Dewan dengar petisyen Akta Hasutan

Dewan Rakyat pada Isnin menolak rayuan yang dikemukakan oleh ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad di bawah Peraturan Mesyuarat 19 supaya Dewan membacakan petisyen menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu kerana petisyen berkenaan tidak memenuhi format selain perkara itu dalam pertimbangan pihak  kerajaan.
DS Pandikar Amin Mulia

Menurut Pandikar Amin, beliau menolak petisyen itu kerana penama dalam petisyen tidak disertakan nombor kad pengenalan dan serta tanda tangan.

Katanya, ini tidak memenuhi format petisyen selain isu pokok berkenaan Akta Hasutan 1948 sudah dalam tindakan kerajaan seperti dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lagipun katanya, Khalid pernah membangkitkan isu berkaitan Akta Hasutan pada persidangan sebelum ni dan sudah diberikan jawapan oleh kerajaan.

Beliau sempat menempelak ahli parlimen Shah Alam itu kerana masih membangkitkan perkara itu supaya mendapat perhatian.

“Dalam rayuan Yang Berhormat, sepatutnya dihantar kepada Setiaasaha Dewan bukan kepada saya tetapi itu pun saya terima, kemudian kita gambar bersama-sama. Sama ada mahu keluar Facebook atau tidak, saya pun tumpang bahagia,” katanya.

Menurut Pandikar Amin, selepas penelitian Setiausaha Dewan di bawah Peraturan 19 (2) (d), terpaksa beliau menotakan

dalam petisyen itu sama ada dibentang dalam Dewan atau tidak.

“Jadi Yang Berhormat tidak payah berdirilah ( Khalid ketika itu bangun untuk mencelah). Itu keputusan saya. Tidak boleh dibawa, kerana saya tidak benarkan,” katanya.

Beliau kemudian merujuk muka surat 103 petisyen itu, nama-nama yang membuat petisyen tidak disertakan tanda tangan sedangkan peraturan mesyuarat mensyarkat yang buat petisyen mesti membuat tanda tangan atau cop jempul.

“Itu soal format. Soal pokoknya pula, Perdana Menteri satu ketika dahulu udah buat pengumuman bahawa Akta Hasutan ini akan dimansuh atau diubah dengan panggilan baharu selaras perembangan semasa,”. Tegasnya.
bantah akta hasutan

SUARAM dan para peserta demostrasi merempuh masuk ke lobi parlimen bagi membantah akta hasutan walaupun dihalang pengawal keselamatan.

Perdana Menteri juga katanya,  ada juga buat kenyataan akhbar bahawa kerajaan sedang menimbang secara terperinci mengenai maklumat balas rakyat Malaysia dan Yang Berhormat  pernah bangkit perkara ini dalam soalan di Dewan Rakyat pada  3 November  lalu dan dijawab menteri berkenaan.

Menurut Speaker, apabila sesuatu masalah sudah dijawab, itulah  pendirian kerajaan.

“Kalau format Yang Berhormat saya luluskan, tidak semestinya bahawa perkara ini saya benarkan untuk dibacakan. Cuma kalau saya terima pun, saya hantar kepada menteri yang bertangungjawab berkatan Akta Hasutan ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana