Azmin Enggan Ulas Isu Dapatkan Semula RM2.5 Juta...Bab Duit Terserah Pada PR

BANGI: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa kerajaan negeri akan mendapatkan semula wang berjumlah RM2.5 juta yang didakwa diberikan kepada tujuh pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.
“Biar saya dapatkan butirannya terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Menteri Besar Incorporated (MBI) diarahkan untuk mengembalikan semula wang tersebut.

Pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dari PKR membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa kerajaan negeri tersebut dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.

"Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI," tulis Dr Xavier di laman Twitternya.

Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita pada Jumaat bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana