Apa cerita Khairy di pejabat Dr Mahathir?Jeng...Jeng...

Kehadiran Khairy Jamaluddin di pejabat Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pagi Khamis sudah semestinya mencuri perhatian ramai.
Ini kerana selama ini semua orang tahu ada semacam perang dingin antara menantu Tun Abdullah Badawi dan bekas Perdana Menteri itu.

Menteri Belia dan Sukan berada di situ untuk bersama Dr Mahathir melancarkan logo Le Tour De Langkawi 2015.

Kalau tidak silap ini kali pertama kedua mereka 'duduk semeja' dalam satu acara rasmi.

Kedua mereka kelihatan relaks bersalaman dan saling senyum antara satu sama lain.

Dr Mahathir juga tolong menyarungkan t-shirt yang tetera logo Le Tour De Langkawi 2015 pada Khairy.

Sekalipun pun ia acara berkaitan sukan ada juga wartawan yang cuba jolok minta ulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kedua mereka hanya senyum dan tidak jawab apa-apa.

Dr Mahathir kebelakangan ini agak kritikal mengenai 1MDB.

Mereka juga ditanya kritikan bekas Perdana Menteri itu ada menteri yang hantar anak ke selolah swasta.

Kedua Khairy tidak kata apa manakala Dr Mahathir kata beliau sudah mennyampaikan pandangannya dan tidak perlu cakap lebih lanjut.

Khairy yang ditanya wartawan dalam satu sidang akhbar semalam menolak dakwaan itu.

Katanya setahu beliau ramai menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghantar anak ke sekolah kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana