Anwar terima banyak sangat kesitimewaan berbanding orang lain

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan keistimewaan dan keadilan dari segi undang-undang di negara ini berbanding dengan orang lain atau negara lain.
Zainuddin turut mempersoalkan dan tidak memahami bagaimana Anwar yang sedang dibicarakan dalam mahkamah atas tuduhan liwat boleh membela dirinya di luar mahkamah.

“The Star Online hari ini menyiarkan berita Anwar Ibrahim yang sedang dalam rayuan bicara telah membuat tuduhan di luar Mahkamah Persekutuan tentang pendakwa yang membangkitkan perkara-perkara sensasi dalam pembentangan.

“Katanya, pendakwa tidak menjawab perkara yang dipersoalkan oleh peguamnya.

“Bagi saya, Anwar tentulah akan menggunakan apa juga ruang yang ada untuk membela dirinya tetapi apakah wajar bagi media utama seperti akhbar The Star atau Star Online menjadi mahkamah kedua untuk didengar dan dihakimkan oleh rakyat,” katanya dalam entri terbaru di http://zamkata.blogspot.com/.

Beliau menambah, sepanjang pengalamannya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, perbuatan tersebut adalah dilarang dan akan ditegur oleh mahkamah.

Katanya, keberanian media hari ini mungkin disebabkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang amat liberal sehingga beliau sendiri bertindak atas tekanan luar dan bukannya atas keperluan undang-undang.

“Kita lihat sejauh mana Peguam Negara akan memberikan kekebalan kepada akhbar The Star yang berlagak seperti mahkamah kedua dalam rayuan ulangbicara Anwar ini,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana