Anwar minta hormati haknya guna khidmat Gopal...Kenapa Saiful Guna Khimat Shafee Tak Boleh Plak?

PUTRAJAYA: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghormati hak beliau untuk memilih Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pembelaan.

Menurut Anwar, perkara itu tidak wajar dibangkitkan sebagai isu memandangkan setelah bertahun-tahun beliau dibebani dengan segala macam fitnah.

Oleh itu kata Ketua Umum PKR itu lagi, adalah menjadi haknya memilih seseorang yang paling layak untuk mengetuai pasukan pembelaan bagi mempertahankannya daripada tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya lima tahun lalu.

"Umpamanya apabila (Tan Sri) Shafee dipilih peguam secara terang-terang, itu tidak pula menjadi soal.

"Tapi bila saya pilih peguam..mereka bangkitkan beberapa persoalan. Tak apa, biarlah saya selesa dengan seorang yang ada keupayaan mengemukakan fakta dan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas prosiding kes liwatnya ditangguhkan sebentar tadi.

Pemilihan Gopal sebagai ketua pasukan pembelaan sebelum ini dipertikai kerana dikatakan melanggar resolusi majlis peguam yang melarang bekas hakim bertindak sebagai peguam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau yakin dengan kekuatan pasukan pembelaannya mematahkan hujah pendakwaan yang menekankan penemuan sampel DNA yang dikatakan sepadan antara yang dikatakan miliknya dengan sampel yang didapati dari rektum pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

"DNA itu sains, bukan politik. Jadi ada fakta dan sebaliknya, ada sahih dan sebaliknya. Mainan sentimen politik itu tak akan membantu melainkan hakim terkeliru. (Tapi) saya tak fikir begitu kerana saya melihat berbeza dengan pengalaman kita sebelum ini, hakim-hakim memberi perhatian teliti terhadap hujah," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana