Ambiga tidak dibenarkan memasuki Sabah....Kah Kah Padan Mukanya

PETALING JAYA: Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dilarang daripada memasuki Sabah.

Beliau dalam rancangan untuk berkunjung ke negeri itu pada 25 November ini sempena program gerakan Negara-ku yang menyaksikannya sebagai penaung.

Namun, Ambiga menerima sepucuk surat daripada Jabatan Imigresen Sabah sekembalinya ke Malaysia dari Hong Kong pada Jumaat lalu yang memaklumkannya tidak dibenarkan memasuki negeri itu.

Surat tersebut merupakan maklum balas kepada surat yang ditulis Ambiga kepada jabatan tersebut pada Selasa yang memaklumkan niatnya untuk berkunjung ke negeri itu.

Pengerusi Bersih 2.0 itu memberitahu sebuah portal berita bahawa dia hanya menulis surat tersebut untuk tujuan formal di samping mengesahkan tiada sekatan terhadap dirinya untuk memasuki Sabah.

"Mereka membalas surat saya dan menolak permohonan tersebut walaupun saya tidak memohon kebenaran untuk memasuki Sabah," katanya seperti dipetik dalam portal tersebut.

Usaha untuk mendapatkan komen Ambiga pada Sabtu tidak berhasil apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana