Alahaiiii.....Khalid Samad mahu Pemuda Pas bermuzakarah dengan SIS

Khalid Abdul Samad meminta pemuda PAS mengadakan pertemuan dan muzakarah dengan pertubuhan Sisters in Islam (SIS) sebelum menyatakan sokongan terhadap pengharaman pertubuhan itu.

Jelasnya yang juga ahli Parlimen Shah Alam, tindakan menjatuhkan hukuman tanpa perbincangan disifatkan satu tindakan tidak adil kepada pertubuhan berkenaan.

“Pemuda PAS harus melihat sokongan kepada fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sesuatu yang sangat serius.

“Sebelum kita hukum orang sesat atau bawa ajaran liberal atau pluralieme atau Yahudi, kita kena muzakarah, bawa berbincang…kalau hendak hukum, kena lakukan dengan cara yang adil,” katanya semasa sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah dan wakil SIS di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyatakan sokongan terhadap keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS yang mewartakan fatwa pengharaman SIS Julai lalu.

Pada Julai, MAIS mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS kemudiannya membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkara berkenaan.

Dalam semakan kehakiman tersebut, SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden, mahu membatalkan pengisytiharan fatwa itu dan mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.

Sumber Awani

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana