Akui Sendiri Ali PAS....Serangan terhadap Hadi bukan saja dari Guan Eng tapi ahli PAS sendiri

Seorang Ahli Parlimen PAS mendedahkan bahawa serangan berteruskan terhadap Presiden parti Islam itu tidak hanya datang daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetapi jugadari ahli-ahli PAS sendiri.
Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Razali mendedahkan isu ketidakhadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sengaja dibangkitkan dan menyifatkan ianya satu agenda tidak baik.

Sehubungan dengan itu Setiausaha Dewan Ulama PAS itu juga mahu Guan Eng 'berpuasa' daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak baik terhadap Abdul Hadi.

“Jadi sekiranya yang tidak hadir itu Presiden dan mewakilkan kepada mana-mana ahli parti yang diwakilkan, itu keputusan parti.

“Kenapa isu ini dibangkitkan? Ini salah satu siri serangan kepada presiden bukan sahaja daripada Guan Eng tetapi MP dalam kalangan PAS sendiri mempertikaikan presiden. Ini satu agenda yang tidak baik,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Rakyat pada Khamis.

Tambah beliau,  isu-isu sampingan yang tidak menguntungkan Pakatan tidak perlu dibangkitkan oleh mana-mana pimpinan parti.

“Tidak timbul isu tak puas hati. Kalau ada mesyuarat tiga parti mesti akan membincangkan terlebih dahulu supaya menjadi keputusan parti PR. Kesefahaman tiga parti dan bukan satu parti.

“Ini bukan pada masanya dan gesaan Haji Hadi supaya letak jawatan hanyalah suara anak-anak nakal,” jelasnya.

Beliau juga menjawab dakwaan Ahli Parlimen UMNO yang mengatakan tindakan Guan Eng itu disebabkan benci kepada Hadi sebagai satu perkara yang tidak betul.

“Ahli Parlimen tersebut tidak berhak untuk memberi komen mengenai PR. Kita tak nak dengar komen dari orang luar PR,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana