Aktivis siswa Fahmi Dan Rakannya ditahan di UMS, Sabah

 Selepas disoal siasat dan menjalani ujian air kencing di Kota Kinabalu siang tadi, nasib aktivis mahasiswa yang merancang berucap di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus ditimpa malang.

Bukan sahaja tidak dapat berucap di institusi pengajian tinggi awam itu, lapan orang daripada mereka juga ditahan polis.

Ketika laporan ini ditulis, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata, beliau dan rakan-rakannya kini sedang dibawa ke balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu dengan van polis.

Katanya, mahasiswa ditahan terdiri daripada seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), tiga daripada UMS kampus Kota Kinabalu manakala selebih daripada kampus Labuan.

Setakat ini belum jelas mereka disiasat bawah kesalahan apa.

Ditanya berhubung sebab penahannya, beliau berkata belum dimaklumkan berhubung perkara itu, termasuk tindakan diambil bawah seksyen apa.

Sementara itu, Fahmi juga berkata, beliau dan kawan-kawannya dihalau dan ditengking daripada berucap di universiti itu yang dijadual pada jam 8 malam tadi.

Mereka dijadual menyampaikan ucapan berkaitan kebebasan mahasiswa di UMS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana