Akta Hasutan: PM Tidak Pinggir Pandangan Rakyat

Jangan mansuhkan Akta Hasutan....Puak pembangkang dan ahlinya akan berani dan tekan kan lagi kerajaan.Ini pembangkang mahukan.

PUTRAJAYA 4 Nov - Belum ada sebarang keputusan muktamad daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan atau dimansuhkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, majoriti rakyat berpandangan bahawa akta itu harus dikekalkan dan Najib sedang mendengar pandangan daripada seluruh rakyat.

"Saya berharap mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi bahawa Najib sudah membuat keputusan," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, semalam.

Beliau turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pemansuhan Akta Hasutan.

Ismail menjelaskan, sebelum ini, Najib pernah memaklumkan terdapat empat kemungkinan berhubung akta berkenaan.

“Kemungkinan yang pertama ialah mengekalkan Akta Hasutan, kedua ialah mengekalkan akta dengan membuat pindaan undang-undang di dalamnya untuk memperkasakan akta tersebut.

"Kemungkinan ketiga ialah memansuhkan Akta Hasutan dengan memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional. Misi Akta Harmoni hampir sama dengan Akta Hasutan iaitu dari segi memastikan hak orang Melayu, hak raja-raja dan agama Islam tidak dikompromi,” katanya.

Menurutnya, kemungkinan yang terakhir pula ialah mengekalkan Akta Hasutan sambil memperkenalkan Akta Harmoni.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana