Akta Hasutan... apabila kesabaran tercabar

Masanya agak panjang dari 11 Julai 2012.Lebih dua tahun lamanya sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hajat kerajaan hendak memansuhkan Akta Hasutan 1948.
27 November 2014 di perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Perdana Menteri tekan brek dan umum akta itu bukan saja dikekalkan malah akan diperkukuhkan lagi.

Sepintas lalu ia satu U-Turn @ korner baring.Itu reaksi yang terus bergema dari kalangan pimpinan politik pembangkang dan aktivis yang sewaktu dengan mereka.

Dakwaannya mudah kerajaan takut dan nak tutup mulut siapa saja yang menentangnya.

Siapa saja yang duduk di tempat Najib tentu tahu risiko untuk ubah satu keputusan besar.Apa lagi ia sesuatu yang dikaitkan dengan kebebasan bersuara dalam dunia yang tanpa sempadan sekarang.

Namun apa yang berlaku sejak Perdana Menteri umum nak mansuh akta yang wujud sejak zaman penjajah British dulu dan diganti Akta Keharmonian Nasional telah banyak menguji kesabaran.

Seperti kata seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rahman Dahlan kalangan rakyat Malaysia sendiri yang telah menghilangkan keyakinan Najib untuk meneruskan hajatnya itu.

Beliau jelas merujuk kepada tindak tanduk dan kenyataan puak-puak yang 'langgar lampu merah' yang dibimbangi boleh cetuskan keresahan dan gugat keselamatan negara.

Bayangkan Naib Presiden PKR Tian Chua dengan senang hati mendakwa serangan gerombolan bersenjata dari Sulu yang mengorbankan banyak nyawa satu sandiwara kerajaan.

Sekalipun beliau baru-baru ini dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan dibawah Akta Hasutan namun kata-kata itu jelas membayangkan pembangkang tidak peduli apa dalam usaha merobek imej kerajaan.

Lihat bagaimana dua aktivis pelajar yang rapat dengan pembangkang Adam Adli dan Safwan Anang yang didakwa bawah akta sama mengajak rakyat turun ke jalanan untuk guling kerajaan.

Bagi pembangkang dan mereka yang sewaktu dengannya Akta Hasutan ialah satu alat politik kerajaan untuk merotan pembangkang.

Mereka sengaja membutakan mata terhadap aspek keselamatan negara.

Sejak puak pembangkang merasa kuasa semakin berada dihujung jari mereka ekoran tsunami politik pilihanraya umum Mac 2008 suhu politik negara sentiasa bergetar tak kunjung padam.

Senario ini berterusan hingga pilihanraya umum ke 13 dan sekarang.

Usaha menghasut rakyat khususnya orang bukan Melayu membenci kerajaan datang dalam berbagai rupa dan bentuk.

Dalam gelagat 'naik tocang' ini lihat sudah bagaimana mereka sesuka hati melanggar peraturan-peraturan perhimpunan aman.

Juga dalam usaha untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didaka meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan hakim,mahkamah dan sistem perundangan negara dihina seolah tidak ada nilai.

Malah kalau nak ambil kira dari sudut undang-undang menghina mahkamah ramai dikalangan mereka sudah patut masuk ke dalam.

Kerajaan pimpinan Najib telah banyak berlembut termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam usaha untuk membuktikan beliau menjunjung kebebasan bersuara.

Tengok saja cara pimpinan pembangkang dan aktivis mereka melalak dalam segala macam isu kebelakangan ini.

Ada yang kata kalau ini berlaku di tanah seberang Singapura mereka sudah tahu langit itu tinggi atau rendah.

Tindak tanduk bagi bertis mahu peha ini telah membuatkan ramai pihak termasuk pimpinan UMNO dan NGO Melayu serta kalangan silent majority merasakan langkah kerajaan hendak memansuhkan Akta Hasutan akan buka pintu kepada pelbagai kemungkinan negatif terhadap keselamatan negara.

Ini yang dikatakan membuatkan tekanan semakin memuncak akhir-akhir ini mendesak agar kerajaan jangan mansuhkan Akta Hasutan.

Bagi kebanyakan orang yang berfikiran rasional keperluan itu tidak ada kena mengena dengan soal politik tetapi keselamatan dan keamanan yang selama ini di nikmati di negara ini boleh tergugat.

Senang cakap berapa lama kita boleh bertahan dalam situasi provoksi demi provokasi dibuat seolah undnag-undang dibawah tapak kaki mereka.

Ikut ceritanya selain NGO-NGO Melayu hampir seluruh usul yang diluluskan di mesyuarat UMNO Bahagian menolak Akjta Hasutan dimansuhkan.

Signal itu sangat jelas bila Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri iystihar secara rasmi semasa merasmikan Persidangan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Selasa malam lalu beliau sendiri tidak mahu Akta Hasutan dimansuhkan.

Malah persidangan ketiga-tiga sayap UMNO itu telah membuat pendirian jelas yang senada.

Seperti kata Perdana Menteri di perasmian Perhimpunan Agung UMNO semalam,keputusan mengekalkan Akta Hasutan dibuat setelah beliau melihat maklum balas dari pelbagai pihak termasuk dari timbalannya sendiri.

Sambutan gemuruh di Dewan Merdeka,PWTC spontan sejurus beliau membuat pengumuman itu sudah cukup untuk mengambarkan betapa leganya perwakilan UMNO terhadap keputusan itu.

Memetik balik kata-kata Rahman Dahlan ,"Perdana Menteri ( asalnya) berniat baik hendak mansuhkan Akta Hasutan...namun sedihnya kita rakyat Malaysia (puak pembangkang) tidak hargainya.Kita sendiri yang mengkhianati harapannya."

Juga langan lupa kata-kata Inggeris ," prevention is better than cure".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana