Aksi sarkas penyokong Anwar cuba cemar mahkamah

Ada orang yang lalu lalang dekat kawasan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya Khamis kedengaran cakap 'beruk di sarkas pun ada otak'.
Ini bila melihat aksi beberapa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkelakuan terkinja-kinja macam kartun dalam usaha untuk memperlekeh dan persenda mahkamah yang sedang membicarakan rayuan liwat bos mereka.

Jumlah mereka tidak ramai.Antara mereka ialah seorang kartunis pembangkang Zunar yang berlagak seperti seorang hakim lengkap dengan jubah hitam dan rambut palsu putih.

Puak yang cuba mempertahankan orang yang didakwa melakukan satu kemungkaran itu mungkin merasa mereka hebat dapat bebas tunjuk perilaku macam sarkas menghina sistem kehakimam negara begitu.

Dengan deraian hilai ketawa mereka juga syok sendiri adakan kuiz bertanya sesama sendiri soalan berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan.

Kata orang bapak borek anak rintik.

Anwar sendiri dalam desperadonya berdepan dengan kes liwat kedua yang boleh menyebabkan beliau 'berehat' lima tahun dalam penjara jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dapatinya bersalah telah bertindak keterlaluan menghina mahkamah.

Ini bukan sahaja semasa ceramah dan roadshow menjelang perbicaran kes baru-baru ini tetapi Selasa lalu telah membuat kenyataan kepada wartawan yang keterlaluan terhadap mahkamah.

Perbuatannya yang melampau cuba mencemar kesucian sistem kehakiman negara itu telah membuat Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri hilang sabar.

Beliau telah meminta ketua pasukan peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat aduan rasmi mengenai perangai Anwar kepada penal lima hakim yang mengadili perbicaraan rayuan itu.

Anwar didakwa membuat kenyataan-kenyataan yang menghina mahkamah itu pada wartwan selepas mahkamah ditangguhkan pada Selasa.

Shafee telah mengemukakan hal berkenaan semasa permulaan perbicaraan sebelum pasukan peguam bela Anwar mula hujah balas.

Katanya Peguam Negara mahu beliau membangkitkan hal ini sebagai rekod agar pihak kehakiman sedar mengenainya.

Beliau membangkitkan mengenai laporan media yang memetik Anwar mengambarkan seolah mahkamah jadi alat kerajaan dan tidak bebas.

Shafee memberitahu wartawan kemudian beliau memohon agar pihak kehakiman mendakwa Anwar kerana menghina mahakmah selepas kes rayuan ini diputuskan.

Menurutnya kata-kata Anwar seperti mahkamah tidak akan hukumnya jika beliau bersara dari politik adalah satu serangan terhadap mahkamah.

Beliau menilai kata-kata itu cuba nak gambarkan seolah mahkamah tidak ada integriti dan tidak adil.

Katanya sebelum ini Anwar telah menghina Mahkamah Tinggi dan kini Mahkamah Persekutuan pula.

Sekalipun undang-undang mengenai perbuatan menghina mahkamah adalah jelas namun Anwar seperti biasa dengan nada dan lagak biasanya ketika ditemui wartawan kemudian bertanya apakah pihak pendakwa hendak mendakwanya lagi.

Kalangan pemerhati menilai tindak tanduk provokasi dan segala macam drama Anwar serta penyokongnya adalah sebahagian dari usaha untuk mengaburi asas kes yakni dakwaan perbuatan liwat uang keji itu.

Kata mereka mungkin dengan cara ini mereka harap dapat mengalihkan perhatian rakyat agar menerima dakwaan mereka ini ada kes politik untuk menjatuhkan Anwar.

Namun ramai yang tetap merasa yakin penal lima hakim yang mengadili kes ini tidak akan terpengaruh dengan apa yang berlaku di luar mahkamah dan membuat keputusan berdasarkan fakta kes semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana