Ahli PKR Kecewa Propaganda Murahan, Seru MB Selangor Henti Pergiat Usaha Orang Lain

KUALA LUMPUR 19 Nov - Segala alasan dalam penyingkiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanyalah propaganda murahan penggantinya iaitu Mohamed Azmin Ali.

Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor Megat Khairul Anuar Razali menyifatkan Azmin sebagai individu yang hanya pandai beretorik semata-mata.

"Saya masih ingat isu-isu yang menjadi penyebab kegagalan Khalid Ibrahim yang mewajarkan beliau digantikan antaranya seperti masalah sisa pepejal, keadaan jalanraya yang tidak baik, lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan bekalan air terawat termasuklah pembinaan empangan Langat 2.

PKR sendiri nampaknya seperti ditertawakan apabila semua alasan penukaran Menteri Besar seolah hanya propaganda murahan apabila Azmin Ali didapati meneruskan semua yang disebut sebagai alasan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim,"

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama ahli PKR yang digantung keahliannya Badrul Hisham Shaharin.Jelas Megat, Azmin sebenarnya tidak melakukan sebarang pembaharuan di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sejak diangkat menjadi Menteri Besar.

"Hanya gimik media seperti gambar membersihkan longkang, menyembur racun. Punyalah begitu obses hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia Jokowi, ramai pasti tertawa melihat gambar Menteri Besar memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung. Kalau pun ia kempen yang baik, cukup sekadar di peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco untuk melakukannya." ujar beliau.

Sehubungan itu Megat bersama ahli di peringkat akar umbi menyeru Menteri Besar supaya menghentikan mempergiat usaha dan inisiatif orang lain. Tambahnya, sebagai Menteri Besar Azmin seharusnya mempunyai misi dan visi yang jelas dan holistik dalam sektor pembangunan, pelaburan, kesejahteraan rakyat dan lain-lain untuk terus mengekalkan Selangor sebagai negeri paling maju dan terkaya di Malaysia.

"Kalau benar anda mempunyai idea, wawasan dan inisiatif seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sekarang adalah masanya untuk anda buktikan.

Saya tidak berkeseorangan dalam membuat kenyataan ini kerana sekumpulan anggota PKR yang lain turut mempunyai pendirian yang sama. Malah kempen 'Senyap' sudah pun berjalan lebih dua minggu dan akan terus berjalan dalam menyalurkan maklumat persoalan-persoalan penting kepada anggota PKR khususnya di Selangor."

Selain itu, Megat dan kumpulannya akan tampil membentangkan laporan 100 hari Azmin sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana