ADUN BN tolak 'gula-gula'... belum apa-apa nak ungkit itu ini

Ini kisah apa yang jadi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada Selasa, jika Isnin kerajaan negeri tunjuk baik dok bagi macam-macam... hari ini sudah mula ungkit itu ungkit ini.
Sehinggakan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsuddin Lias semalam dapat kereta... hari ini nak pulang balik.

Semuanya bermula selepas barisan ADUN BN menolak cadangan peruntukan RM200,000 kepada mereka seperti yang dibentangkan dalam bajet Selangor 2015 Isnin.

Menyifatkan pemberian tersebut sebagai ‘tidak ikhlas’, Datuk Shamsuddin mempertikaikan jumlah ditawar kepada Adun-Adun BN (pembangkang) dengan Adun-Adun Pakatan berbeza setengah juta.

“Apa bezanya dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700 ribu. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama. Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil.

“Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya, keadilan” katanya kepada pemberita di lobi DUN Selangor.

Sebelumnya, pertikaman lidah berlaku di dalam DUN apabila ADUN DAP Sungai Pinang Teng Chang Kim mempertikaikan penolakan cadangan peruntukan RM200,000 ribu kepada ADUN-ADUN BN Selangor oleh Shamsuddin selaku ketua pembangkang.

“Saya nak tanya ketua pembangkang, kalau peruntukan untuk rakyat dalam kawasan DUN pembangkang ditolak, kenapa kereta rasmi pula diterima?” persoal Teng.

Shamsuddin yang tersinggung dengan soalan Teng membalas dengan nada keras.

“Saya tak minta (kereta) itu. Ia diputuskan pada masa lepas. Jangan diungkit-ungkitlah. Saya nak jelaskan pasal kereta rasmi. Kereta ini diluluskan zaman mantan menteri besar yang lalu (Tan Sri Khalid Ibrahim). Saya rasa macam tak ikhlas saja. Kalau nak diungkit perkara ini, ambil balik. Saya pun tak perlu itu,” balas Shamsuddin di dalam dewan.

Shamsuddin menyifatkan laporan meluas media berkenaan serahan kunci kereta baru sebagai satu langkah populariti yang cuba diraih oleh Menteri Besar baru Mohamad Azmin Ali sedangkan yang melaksanakan perkara tersebut adalah MB lama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Lembu punya susu, sapi dapat nama,” kata Shamsuddin di luar dewanketika ditemui pemberita.

“Ini tak sepatutnya berbangkit. Ia berbangkit pun kerana semalam menteri besar yang bagi. Inilah yang dikata lembu punya susu, sapi dapat nama.

“Peruntukan pada ketua pembangkang (termasuk kereta rasmi) telah diberi masa mantan menteri besar lagi. Dia (Khalid Ibrahim) beri kereta lama, sebab kereta baru tak sampai lagi.

“Selama ini saya dah bawa ke hulu ke hilir kereta lama. Bila kereta baru sampai, dia (Azmin) serah pada saya. Dia ambil publisiti.

“Tak sepatutnya perkara ini timbul. Dalam dewan tadi diungkit. Ungkit sebab kami (Adun-Adun BN) tolak peruntukan RM200 ribu. Kalau nak ungkit sangat, ambillah (kereta rasmi)”, kata Shamsuddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana