Admin sokong 100%....Pertahan kuasa Akta Hasutan sebagai perisai negara

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mengesyorkan agar kerajaan mempertahankan kuasa yang terkandung di dalam Akta Hasutan 1948 bagi menjadi perisai negara dalam menghadapi situasi yang boleh menggugat ketenteraman antara kaum.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walau apa pun tindakan kerajaan sama ada mahu meminda atau menambah baik akta tersebut, ia tetap diperlukan bagi mengekang kebebasan sesetengah pihak yang mencabar dan mengungkit perkara yang sensitif.

"Apa yang kita perlukan sekarang adalah perisai tempat berlindung, bukan hanya untuk orang Melayu, tapi untuk semua rakyat Malaysia.

"Justeru itu sekiranya Akta Hasutan dipinda atau ditambah baik, yang paling mustahak perlu ada terma yang melarang dan menghukum sebarang kenyataan atau kelaku menghasut," katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasar sayap tersebut pagi tadi.

Katanya lagi, keperluan akta ini terpakai kepada semua kaum dan mana-mana pihak tidak kira daripada bangsa apa sekalipun, patut didakwa dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Khairy dalam pada itu turut menyentuh isu hubungan antara kaum yang mana kebelakangan ini  memperlihatkan rakyat yang bukan berbangsa Melayu lebih cenderung untuk mempertikai hak keistimewaan orang Melayu.

Katanya, persefahaman antara kaum  yang dicapai berteraskan Kontrak Sosial satu ketika dahulu perlu dihormati, sebagaimana orang Melayu menerima kerakyatan bangsa lain dan bangsa lain menerima kedudukan istimewa bangsa Melayu dan memperakui kedaulatan Raja-raja.

"Tetapi kenapa pula masih ada yang tidak menghormati perjanjian yang sama. Kalau orang Melayu boleh terima, tak ungkit kerakyatan dan mengiktiraf bahawa kita tak boleh tutup sekolah vernakular, kenapa pula ada yang sekarang ini tidak pegang janji asal mereka?," soalnya sambil diberi tepukan gemuruh para perwakilan.

Oleh itu beliau menyeru agar rakyat negara ini sama-sama menghormati hak dan kebebasan masing-masing selaras dengan Perlembagaan Negara yang digubal setelah mengambilkira kepentingan semua kaum.

"Dokong lah kerakyatan area orang terhormat, busungkan dadamu menjulang Malaysia tanpa sebab atau alasan. Kerana jadi rakya itu maknanya kita sama, kita satu, kita serupa, kita rakyat Malaysia!" laungnya disambut sorakan perwakilan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana