3, 005 Orang Sokong Hapus Akta Hasutan...Jangan Jadi BODOH làh Khalid Samad

Orang macam ni tak boleh pakai cakap nya dengan hanya 3 ribu lebih saja sokong hapuskan Akta Hasutan...ptuihh.

KUALA LUMPUR 20 Nov - Seramai 3,005 orang menandatangani petisyen bagi memohon Dewan Rakyat mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan semua pendakwaan di bawah akta itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, petisyen itu telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen, hari ini.

Katanya, kandungan petisyen mewakili suara rakyat yang membantah penggunaan berterusan Akta Hasutan yang didakwa zalim, kolonial dan tidak demokratik.

"Akta Hasutan adalah undang-undang zalim yang digubal penjajah British untuk menindas rakyat. Akta ini mempunyai tafsiran terlalu luas dan amat mudah disalahguna.

"Ia boleh dan sedang digunakan untuk menjenayahkan apa-apa ucapan bersifat demokratik termasuk kritikan terhadap kerajaan, pemimpin atau parti politik pemerintah. Adalah memeranjatkan bahawa walaupun janji telah dibuat kepada rakyat untuk memansuhkan Akta Hasutan, namun penggunaannya meningkat secara berleluasa," katanya.

Katanya lagi, turut membimbangkan ialah pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan dilakukan Peguam Negara dan mensasarkan mereka yang mengkritik kerajaan.

"Oleh itu, kami memohon supaya Dewan Rakyat mendesak Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan Akta Hasutan, menggugurkan semua pendakwaan dan membebaskan mereka yang dipenjara di bawahnya serta memastikan tiada gantian undang-undang yang sama dengan Akta Hasutan," katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, beliau juga telah meminta kebenaran Pandikar Amin untuk membahaskan mengenai pemansuhan Akta Hasutan di Dewan Rakyat, 24 November ini.

Katanya, satu perarakan juga akan diadakan pada hari tersebut dari Padang Merbok ke Parlimen sebagai sebahagian daripada kempen menyokong pemansuhan Akta Hasutan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana