173,983 yang tak bayar langsung pinjaman PTPTN disenarai hitam mulai 1 Januari...Ini Sudah Melampau Tak Bayar Satu Sen Pun

Bayangkan bukan sedikit… jumlah terkini ada 173,983 orang peminjam dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak pernah langsung menjelaskan balik pinjaman.
Kini PTPTN tidak lagi akan bertolak ansur kepada mereka. Mulai 1 Januari tahun depan mereka yang berkenaan akan disenarai hitamkan di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata peminjam mempunyai tempoh selewat-lewatnya 31 Disember ini untuk berbuat demikian di 25 pejabatnya seluruh negara sebelum pelaksanaan tersebut.

Mengulas lanjut, katanya rasional tindakan penyenaraian PTPTN dalam CCRIS ini adalah untuk menggalakkan peminjam supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam membayar balik pinjaman.

“Penyenaraian ini akan dibuat secara berperingkat bagi memastikan komitmen bayaran bulanan peminjam dibuat dengan lebih konsisten kerana ia membabitkan tunggakan sebanyak RM1.23 bilion,” katanya dalam satu sidang media Rabu.

Beliau mengingatkan para peminjam yang liat itu langkah ini kelak akan menyukarkan peminjam memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan termasuklah permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan serta kenderaan kerana mempunyai rekod pembayaran yang buruk.

Shamsul berkata, langkah ini diputuskan PTPTN setelah mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk kabinet, badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta jawatankuasa fiskal.

Tambahnya lagi, setakat ini PTPTN perlu menyediakan peruntukkan pinjaman pendidikan berjumlah RM5 bilion setahun bagi membiayai kos yuran dan sara hidup pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

“Sejak tahun 1997 hingga 30 September lalu, PTPTN sudah meluluskan pembiayaan pendidikan berjumlah RM48.36 bilion kepada lebih 2.1 juta pelajar.

“Dan tahun ini saja , PTPTN hanya menerima dana sebanyak RM4 bilion, namun hanya cukup untuk membiayai 75 peratus peminjam baharu dan peminjam sedia ada, manakala baki 25 peratus lagi tidak akan mendapat pinjaman,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana