Zul Noordin dan TIBAI pula desak sekat Ulil Abshar masuk Malaysia

 Kerajaan didesak supaya menyekat kemasukan tokoh Islam Liberal Indonesia,Dr. Ulil Abshar Abdalla ke Malaysia dan melarang penganjuran majlis "Diskusi Meja Bulat - Tentangan Fundamentalisma Agama Abad Ini" dimana beliau dijadual menyampaikan ucaputama pada 18 Oktober ini.
Program berkenaan yang akan dianjurkan oleh IRF (Islamic Renaissance Front) dengan kerjasama GMM (Global Movement of Moderates) dijadualkan pada hari itu dari jam 11 pagi hingga 1 tengahari di Bilik Persidangan GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkifli Noordin telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur petang Khamis mengenai hal berkenaan.

Beliau diringi oleh Musyridul Am TIBAI,Zahid Md Arip.

BERIKUT IALAH LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH DATUK ZULKIFLI NOORDIN:

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN telah menerima maklumat bahawa IRF (Islamic Renaissance Front) dengan kerjasama GMM (Global Movement of Moderates) akan mengadakan satu program dipanggil "Diskusi Meja Bulat" membawa tajuk "Tentangan Fundamentalisma Agama Abad Ini".

Program dijadualkan pada 18 Oktober 2014 dari jam 11 pagi hingga 1 tengahari di Bilik Persidangan GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Menurut risalah dan aturcara yang disebarkan, majlis akan dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Pengerusi GMM dan ucap-utama oleh Dr Ulil Abshar Abdalla, dengan intervenornya Dr. Ahmad Farouk Musa dan Prof Tajuddin Rasdi. Sesalinan risalah program tersebut dilampirkan.

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada pejabat Mufti WP di laman http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf, Ulil Abshar Abdalla adalah "pengasas dan koordinator Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) yang telah membuat kenyataan berikut dalam beberapa media massa yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., antaranya:

"1. Menurut Ulil, tidak ada yang disebut hukum Tuhan dalam pengertian seperti yang di fahami kebanyakan orang Islam, misalnya hukum Tuhan tentang pencurian, jual beli, pernikahan, pemerintahan dan lain-lain “ (Kompas, 18 November, 2002).

2. “Rasul Muhammad adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dikagumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangannya”. (Kompas : 18 November 2002);

3. “Islam – seperti pernah dikemukakan cek Nur dan sejumlah pemikir-pemikir lain – adalah ‘nilai generis’ yang bisa ada di Kristen, Hindu, Budha, Konghucu, Taoisme..... bisa jadi kebenaran ‘Islam’ ada dalam filsafat marxisme”. Kompas, 18 November 2002);

4. “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi Islam bukan yang paling benar”. (Gatra, 21 Disember 2002);

5. “Larangan Kawin beda agama bersifat kontekstual.... Pada zaman Nabi, Umat Islam sedang bersaing untuk memperbanyak umat. Nah saat ini, Islam sudah semiliar lebih. Kenapa harus takut kawin dengan yang di luar Islam “. (Gatra, 21 Disember 2002);

Saya difahamkan bahawa Dr. Ulil Abshar Abdalla telah disenaraikan sebagai salah seorang individu yang merupakan pengasas dan pemimpin Jaringan Islam Liberal di Indonesia yang menganut dan menyebarkan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme agama.

Saya difahamkan bahawa fatwa telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia yang membuat ketetapan bahawa fahaman liberalisma dan pluralisma adalah suatu ajaran sesat dan bertentangan dengan Islam. Sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia.

Oleh itu saya meminta agar pihak berkuasa termasuk PDRM, Jabatan Agama Islam WP dan Jabatan Imigresen mengambil tindakan berikut:

1. Menyiasat IRF, GMM, Datuk Saifudin Abdullah, Dr. Ahmad Farouk Musa, Prof. Tajudin Rasdi dan lain-lain individu atau pertubuhan berkaitan dengan penganjuran program ini menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan dan juga dibawah Seksyen 4, 5 & 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan/atau mana-mana peruntukkan berkaitan;

2. Melarang dan/ atau menghentikan dengan serta merta penganjuran majlis "Diskusi Meja Bulat - Tentangan Fundamentalisma Agama Abad Ini" saperti yang dijadualkan;

3. Mengeluarkan perintah "persona non-grata" terhadap Dr. Ulil Abshar Abdalla dan melarang beliau daripada memasuki Malaysia bagi tujuan itu;

4. Mengambil tindakan pendakwaan dan/ atau apa-apa prosiding berkaitan terhadap mereka-mereka yang terlibat dengan penganjuran majlis ini jika cukup bukti dan keterangan bagi tujuan itu;

5. Menyiasat dalang dan/ atau penyumbang dana dan kewangan bagi program ini.

Sekian lapuran saya.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

15 Zul-Hijjah 1435

09 Oktober 2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana