Wifi percuma di 73 lokasi setiap daerah Terengganu – MB

Kerajaan negeri bercadang memasang ‘Open Wifi’ di 73 lokasi dalam setiap daerah negeri ini secara berperingkat.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kemudahan itu sedang dan akan dipasang di tempat-tempat tumpuan orang ramai terutama di semua kawasan Pejabat Daerah dan Tanah, kawasan rekreasi, hospital, stesen bas, pasar dan perpustakaan selain termasuk pusat-pusat khidmat Dewan Undangan Negeri.

“Sehingga kini, sebanyak lapan lokasi telah dipasang kemudahan ini yang melibatkan kos sebanyak RM1,100,000.
“Lokasi yang telah sedia dipasang kemudahan capaian akses Wi-Fi percuma termasuk di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kelab Ekslusif Bandaraya Negeri Ternegganu, Pusat Akuatik Negeri Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang, Bazar Warisan, Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah, dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud,” ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri komited menyediakan kemudahan WiFi secara percuma di lokasi-lokasi strategik seluruh negeri bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet melalui ‘Open Wi-Fi’ ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana