Warga Nepal bercinta dengan isteri orang maut ditikam...Inilah Dikatakan Cari Penyakit

KULIM: Seorang lelaki warga negara Nepal maut ditikam pada dada kiri di sebuah rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa, Kamal Singh, 27, mengunjungi rumah wanita yang juga rakan sekerjanya.

"Anak wanita terbabit yang baru sahaja pulang dikatakan terserempak dengan mangsa sebelum berlaku pergaduhan, menyebabkan lelaki Nepal itu ditikam," katanya yang mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.

"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.

"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.

Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.

"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana