Video Pemain Bola Sepak Maut Kerana Aksi Akrobatik

NEW DELHI 21 Okt - Seorang pemain bola sepak muda meninggal dunia di bahagian timur laut India selepas tercedera tulang belakang ketika menyambut gol dijaringkan olehnya.

Peter Biaksangzuala, 23, terjatuh ke belakang atas kepalanya selepas dia membuat gelagat tunggang terbalik beberapa kali sebaik menjaringkan gol untuk pasukannya dalam satu perlawanan tempatan di bandar Khawzawl berdekatan sempadan Myanmar.

Ketika dia terlantar kesakitan, rakan sepasukan melonjak ke atasnya untuk menyambut bersama gol itu sebelum menyedari kecederaan teruk pemain itu.

Mereka kemudian bergegas mengusung dan mengejarkan rakan mereka itu ke hospital.

Biaksangzuala meninggal dunia, semalam selepas keadaannya bertambah teruk ketika doktor berusaha membetulkan tulang belakang yang tercedera itu.

Lal Hmar, seorang pegawai bola sepak di wilayah Mizoram memberitahu wartawan di ibu kota Aizawl bahawa pemain muda itu mendermakan matanya sebelum dia meninggal dunia.

"Peter pemain berbakat yang menyimpan harapan besar mahu beraksi dalam liga kebangsaan satu hari nanti," kata Hmar. - AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana