Usahlah PAS Piss Pus kata nak tutup rumah urut, pelacur dan judi ....

Semalam PAS Selangor beri kenyataan konon tak setuju dengan Pesta Arak Oktoberfest. Suah nak percaya kata-kata PAS bila mereka sendiri tak hormati janji PRU12 untuk tutup kilang Carlsberg.

Kenyataan ADUN dan ketua Penerangan PAS Selangor berikut:

PAS SELANGOR AKAN MENUTUP SEGALA AKTIVITI RUMAH URUT, PELACURAN DAN KEDAI JUDI

PAS Selangor amat menyesali Agenda Besar pihak syarikat Carlsberg Malaysia yang terletak di Shah Alam dalam penganjuran Pesta Arak : Oktoberfest di beberapa tempat dalam negeri Selangor dan Grand Finalenya di 1Utama yang disifatkan sebagai gagal memahami sosio budaya dan sensitiviti agama di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.

Syarikat Carlsberg perlu sedar mengenai sensitiviti penganut beragama di negeri ini terutamanya penganut Agama Islam, yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan sebelum mengadakan sesuatu yang boleh menggugat ketenteraman dan keamanan awam.

Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ianya merupakan hak orang bukan Islam. Namun, jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan mengwar-warkan secara terbuka seperti iklan di Pasar Raya dan Billboard dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga tidak pernah meluluskan apa-apa kelulusan berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai cubaan untuk mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha untuk mendesak melalui peruntukan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor dan PBT yang terbabit supaya festival di kawasan terbuka seperti 'parking kereta' dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan 'Akta 176' dapat dialihkan segera atau dibatalkan dan melarang penglibatan umat Islam serta mereka yang dibawah umur.

PAS Selangor juga meminta pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan iklan billboard Octoberfest tanpa kebenaran di sekitar kawasan Saujana Hotel Subang.

Apa jua bentuk perlanggaran undang-undang berlaku, PAS Selangor tidak akan teragak-agak membuat tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harm
oni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa.

Bersempena dengan perlantikan saya sebagai EXCO PAS Kerajaan Negeri Selangor maka PAS Selangor akan berusaha untuk MENUTUP segala pusat maksiat seperti rumah urut, judi mesin kuda, pub, disko, hotel pelacuran yang dianggarkan kini lebih 15,000 buah dalam Negeri Selangor melalui Pusat Tarbiah Islam Selangor (PUTIS) dan Unit Amal PAS Negeri Selangor.

YB HJ. ZAIDY ABDUL TALIB
EXCO Kerajaan Negeri Selangor / ADUN Templer
merangkap
Ketua Penerangan
PAS Negeri Selangor
07.10.14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana