Universiti Malaya perlu berani halang anasir negatif...ANWAR Semakin Terdesak

Pada 27 Oktober ini, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di bawah presidennya Fahmi Zainol dikatakan akan membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan pidato kepada mahasiswa dan orang banyak.
Tindakan Fahmi ini wajar dihalang oleh pihak Universiti bagi memastikan kedaulatan UM sebagai lapangan ilmu sentiasa terjaga. Fahmi dilihat cuba mengheret isu politik luar ke dalam UM dan seolah-olah menjadi alat pembangkang untuk membina sokongan terhadap Datuk Sri Anwar.

Walhal Fahmi sebagai mahasiswa terpelajar sepatutnya tahu yang Kes Liwat II membabitkan Datuk Sri Anwar perlu diputuskan oleh mahkamah. Apakah Fahmi cuba mempertikaikan sistem kehakiman Negara? Apakah Fahmi cuba meremehkan keupayaan sistem kehakiman kita?

Saya melihat Fahmi sebagai seorang mahasiswa yang tidak bersyukur kerana selaku mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa JPA, beliau sepatutnya lebih bijak menghargai masa sebagai seorang mahasiswa. Beliau sebagai pemimpin pelajar seharus memberikan contoh dan teladan yang baik kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya.

Saya tidak pasti samada Fahmi sedar atau tidak yang dia sedang dipergunakan untuk kepentingan politik pembangkang. Fahmi perlu sedar yang Datuk Sri Anwar berada dalam keadaan terdesak untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap beliau. Lihat sahaja terhadap kempen Rakyat Hakim Negara yang dipimpinan oleh Nik Nazmi yang seperti tiada taring dan gagal menarik minat orang ramai lebih-lebih lagi anak muda.

Oleh itu Anwar amat terdesak untuk mencari sokongan anak muda lalu terpaksa memanjat belakang Fahmi untuk meraih simpati mahasiswa Universiti Malaya. Fahmi sepatutnya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku terhadap Adam Adli.

Pembangkang mempergunakan sikap gopoh Adam Adli untuk kepentingan politik dan diusung Adam Adli ke sana ke sini sebagai alat kempen pembangkang. Akhirnya setelah Adam Adli gagal menyambung pengajian di UPSI, pemimpin pembangkang tidak pula membantu beliau untuk meneruskan pengajian.

Bahkan, saya merasa lebih risau pabila membaca kenyataan terbaru Fahmi yang disiarkan melalui Facebook beliau dan turut disiarkan oleh portal The Malaysian Insider. Dalam kenyataan tersebut beliau menyeru mahasiswa untuk turun ke Putrajaya bagi mendapatkan perubahan yang beliau namakan sebagai reformasi. Saya tertanya-tanya, apakah Fahmi bercita-cita untuk mencetuskan kekecohan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998? Apakah Fahmi ingin menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat ini melalui jalanraya?

Jika begini mentaliti pemimpin mahasiswa UM, saya menuntut agar pihak Pentadbiran UM khususnya Naib Canselor Datuk Prof Dr Mohd Amin Jalaludin mengambil tindakan tegas terhadap Fahmi dan memastikan pidato yang dirancang pada 27 Oktober nanti tidak berlaku. Jika pihak UM tidak bertindak, maka saya risau aktiviti seperti ini akan mendedahkan mahasiswa UM dengan kegiatan radikal dan menyebabkan UM menjadi medan politik murahan.

Apakah pihak pentadbiran UM sanggup membiarkan UM menjadi medan untuk memperlekehkan sistem kehakiman Negara dan dilihat sebagai barua Anwar Ibrahim?. Jika tidak, maka Fahmi dan aktivitinya pada 27 Oktober nanti perlu dihalang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana