Tun M Gembira Teguran Diterima, Ambil Iktibar Rekod Pilihanraya

KUALA LUMPUR 7 Okt - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed melahirkan kegembiraan beliau apabila teguran dan kritikannya terhadap kerajaan disambut baik.

Mahathir dalam tulisan di blognya chedet.cc bertajuk 'Kerajaan Terima Dengan Terbuka Teguran Tun M' bagaimanapun tidak mengharapkan tegurannya itu dijadikan sebagai suatu arahan.

"Saya gembira kerana kerajaan terima dengan terbuka teguran saya. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Advisor) dalam bahasa mereka, kepada kerajaan negeri.

"Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji," katanya.

Jelas Tun M yang juga Bapa Pemodenan itu, kerajaan dewasa ini sewajarnya sentiasa peka dan mengambil kira pengalaman pemerintahan terdahulu terutamanya berkaitan sokongan rakyat di dalam pilihanraya, sekaligus membuktikan bahawa tegurannya sebelum ini samada berasas atau sebaliknya.

"Memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

"Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

"Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan." tegas beliau," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana