Tuduh UMNO Rasis Senjata Politik Dap Wujudkan Putar Belit

KUALA LUMPUR, 1 Okt. – Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M. Kayveas membidas pakatan pembangkang khususnya Dap yang menuduh UMNO bersifat perkauman sedangkan realitinya mereka yang bersifat sedemikian.

Katanya, jika UMNO benar-benar mengamalkan sifat rasis dan mementingkan kaum bumiputera semata-mata maka tentunya rakyat negara ini tidak akan dapat hidup sebagai masyarakat majmuk.

“UMNO tidak pernah rasis walaupun ia adalah parti kompenan yang bersama-sama dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun para pemimpinnya tidak pernah pun menyuarakan isu-isu sensitif yang boleh menggugat permuafakatan bersama,” katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau menganggap tuduhan Dap yang dibuat kepada UMNO adalah taktik politik dengan memutarbelitkan apa yang berlaku sedangkan sebenarnya merekalah yang bersikap sedemikian.

“Semua orang tahu apa yang berlaku dalam pentadbiran Dap di Pulau Pinang yang tentunya lebih kepada ikut kehendak sendiri dan hanya menguntungkan satu-satu kaum sahaja tanpa mengambil kira kedudukan kaum yang ketinggalan.

Ujar beliau, sikap pemimpin dalam UMNO yang bersama-sama membentuk kerajaan dengan parti-parti kompenan lain dalam BN adalah bukti nyata bahawa UMNO bukan bersifat perkauman.

“Sehingga hari ini, UMNO telah bersama-sama parti-parti kompenan membawa kemajuan dan kejayaan kepada Malaysia berasaskan konsep perkongsian kuasa yang mana setiap anggota mempunyai suara untuk didengar.

“Ini kerana BN sedar dan tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, hidup rukun dalam masyarakat majmuk dan berpegang teguh kepada konsep demokrasi berparlimen sebagai tunjang utama.”

Tegas beliau lagi, Dap sengaja mencari helah bagi mempopularkan mereka sendiri dan menutup sifat rasis yang diamalkan dalam partinya secara senyap.

“Sebagai parti yang mentadbir Pulau Pinang, seharusnya Dap tumpulah kepada kerja-kerja mereka iaitu dengan membawa negeri tersebut kepada kemajuan, selesaikan masalah kesesakan yang melanda negeri itu, usahakan isu perumahan awam yang menjadi persoalan dan bukannya dengan membuat helah menuduh UMNO dan orang lain dengan macam-macam perkara.

“Janganlah nak jadi popular kepada pengundi dengan taktik yang putar belit sedangkan kuasa pentadbiran yang ada ditangannya tidak diurus dengan baik,” tegas beliau lagi.

Dalam hal ini, beliau mengaitkan kepada kenyataan Dap yang meminta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan hal pembelian rumah untuk bumiputera sedangkan Dap enggan mengiktiraf hak pembeli rumah bumiputera untuk mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan sebagaimana hak bukan bumiputera di Pulau Pinang. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana