Tony Pua selar Datuk Bandar MBPJ

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengritik Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad yang sering membuat keputusan sendiri tanpa mengambilkira pandangan ahli majlis dan penduduk, khususnya berkaitan draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Menerusi satu kenyataan, Pua berkata, Alinah seharusnya mengikuti keputusan sebulat suara ahli majlis yang dilantik untuk memansuhkan draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) dan membentuk jawatankuasa khas bagi meneliti perkara itu.

"Adakah sebab pelan itu perlu dipinda secepat mungkin untuk membolehkan pemaju menerima kelebihan daripada kawasan berpenduduk padat tanpa garis panduan ketat? Hanya Datuk Bandar yang boleh menjelaskannya," kata Pua.

Malah, menurut Pengerusi DAP Selangor itu, Alinah juga lebih selesa untuk tidak mengambil pusing walaupun terdapat usaha daripada ahli majlis untuk menangguh atau meminta draf pelan itu.

Alinah sebelum ini berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak mempunyai kuasa membatalkan pelan RTPJ 1 dan 2 kerana terletak di bawah Seksyen 16 (2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Katanya, dokumen berkenaan akan dihantar kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas tindakan Alinah itu, Pua berkata ia adalah langkah sewajarnya, namun berharap menteri besar baharu itu akan membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan rakyat.

Sebelum ini, ahli majlis menuntut agar usaha pindaan draf berkenaan dihentikan sehingga maklum balas daripada rakyat diberi perhatian sewajarnya.

Cadangan tersebut disokong Ahli Parlimen dan Adun dalam bandaraya Petaling Jaya.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menegaskan cadangan penubuhan jawatankuasa khas untuk meneliti semua cadangan ditubuh dan mengambil-kira maklum-balas dari orang awam.

Kenyataan bersama itu juga menyebut akan mengkaji cadangan pihak tertentu yang ingin untuk membuang garis panduan kawal perancangan (planning control) daripada RTPJ1 dan 2, di mana kawalan ini dibuat dengan input terperinci daripada orang awam dan mengekalkan kestabilan perancangan bandar dalam Petaling Jaya.

"Keputusan untuk menaikkan plot ratio maksimum daripada 4 kepada 6 di tujuh kawasan Pembangunan Berteraskan Transit (TOD) sekitar stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) perlu dikaji semula ekoran impak keatas keadaan lalulintas sedia-ada, kemudahan awam dan kualiti kehidupan di Petaling Jaya.

"Cadangan untuk membolehkan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) merentasi kawasan perumahan padat dan komersil di Mutiara Damansara dan Damansara Perdana mengundang lebih dari seribu bantahan. Cadangan lebuhraya melalui kawasan-kawasan itu perlu dikaji semula.

“Kita juga perhatikan keseluruhan tanah Institut Penyelidihan Getah (RRI) seluas 1600 ekar dicadang sebagai kawasan pembangunan campur tanpa pelan tata atur terperinci. Rakyat berhak melihat cadangan kepenggunaan tanah, plot ratio, kepadatan, kemudahan awam dan sebagainya daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita juga perhatikan cadangan untuk menukar guna tanah Filem Negara di Seksyen 12 daripada fungsi institusi awam kepada komersil dengan plot ratio 6," demikian antara yang dibangkitkan dalam kenyataan bersama itu.

Rabu lalu, satu mesyuarat lembaga penuh khas menyaksikan 13 daripada 17 ahli majlis yang berkhidmat mengundi 'ya' untuk memansuhkan draf kontroversi tersebut.

Ahli Majlis MBPJ daripada DAP,  Lee Suet Sen berkata pihaknya mendapat maklum balas daripada penduduk setempat yang menuntut pindaan-pindaan tertentu (dalam RTPJ 1 & 2) dikaji semula dan dimantapkan, supaya mencerminkan keperluan setempat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana