Tempoh Ikat Jamin 154 Anggota PPS Dilanjutkan

GEORGE TOWN 30 Sept - Polis melanjutkan tempoh ikat jamin kepada 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dan dua wakil rakyat DAP yang terlibat dalam operasi organisasi 'haram' itu.

Ikat jamin tersebut dilanjutkan sebulan lagi bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang turut dilanjutkan tempoh ikat jamin bersama Adun Sungai Puyu Phee Boon Pah berkata, semua mereka perlu melapor diri di ibu pejabat polis daerah Timur Laut mulai hari ini hingga Khamis.

Beliau berkata, lanjutan itu tamat pada 29 Oktober dan polis hanya boleh mengarahkan ikat jamin dilanjutkan sebanyak 3 kali.

"Ini lanjutan kali pertama. Selepas itu, polis mesti memutuskan sama ada untuk mendakwa kami atau tidak," katanya di luar ibu pejabat polis daerah Jalan Petani pagi ini.

Rayer berkata, mereka terpaksa menunggu maklumat daripada pihak polis mengenai sebarang perkembangan terbaru siasatan.

"Kami tidak pasti kenapa ia ditangguhkan. Kami baru saja dapat tahu yang siasatan masih belum selesai," katanya.

Selain Rayer dan Phee, 30 lagi anggota PPS hadir di balai polis itu pagi ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana