TAUKE HOMESTAY DIDAKWA RAKAM GAMBAR BOGEL PELANGGAN

Seorang tauke mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak semalam atas lapan tuduhan merakam gambar bogel lapan pelanggan yang sedang mandi dl rumah inap desa (homestay) miliknya menggunakan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) pada Julai lalu.

Lim Lai Heng, 42, dituduh melakukan perbuatan tersebut di Ipoh Garden Homestay yang terletak di No. 31, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning, Ipoh pada 27 Julai lalu antara pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam.

Tertuduh yang dihadapkan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof dituduh mengaibkan kehormatan lapan sekeluarga berkenaan yang terdiri daripada tiga lelaki dan lima perempuan berusia antara 17 hingga 53 tahun. Dia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana