Tamrin umum keluar PAS hari ini...Orang Macam Ni Baik Tak PayahLAh

SHAH ALAM: Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar menarik diri daripada menjadi ahli parti PAS berkuatkuasa hari ini.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," katanya melalui surat kepada setiausaha agung PAS.

Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" daripada Tamrin itu.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.

Memetik laporan The Malaysian Insider, beliau akan menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang akan memperjuangkan Malaysia yang harmoni dan mengutamakan perpaduan antara kaum.

GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.

Badan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana