Tamrin Ghafar Diarah Bela Diri Tuduhan Beri Ucapan Berbaur Hasutan...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR 10 Okt - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ahli PAS yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, membela diri terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei tahun lepas.

Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu setelah mendapati Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Lon berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes itu selepas mendengar keterangan empat saksi.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 November sebagai tarikh bela diri.

Dalam prosiding itu, peguam Ariff Azmi Hussein mewakili Mohd Tamrin, 64, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Mohd Tamrin didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana