Sikit Sikit Salahkan UMNO Banjir DI PEnang Pun Salahkan UMNO....Bangangnya

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam, Wong Hon Wai menyelar tuduhan yang dilemparkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkaitan isu banjir dan menuduh UMNO - BN perlu bertanggungjawab terhadap permasalahan tersebut yang berlaku sekitar tahun 1990-an.

Hon Wai berkata, sewajarnya BN dan UMNO perlu disalahkan(merujuk kepada kes banjir yang berlaku di kawasan Air Itam) memandangkan kerajaan negeri pada ketika itu diterajui oleh mereka.

“Banjir besar berlaku pada masa itu ekoran pembangunan yang diluluskan oleh BN dan menyebabkan banjir besar setinggi lapan kaki. Banjir tersebut menyebabkan kerosakan harta benda kepada rumah dan sekolah sekelilingnya.

“Banjir begitu besar sehingga keranda terapung apabila satu keluarga yang sedang menguruskan upacara kematian tidak sempat lari apabila banjir melanda. Itu betul-betul banjir besar angkara pembangunan berlebihan Barisan Nasional,” kata Hon Wai dipetik Roketkini.com.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai membidas tindakan Chang Yeow yang sebelum ini menyifatkan kenaikan air di sekitar kawasan Pulau Pinang lewat petang semalam berlaku disebabkan sikap kerajaan negeri pimpinan DAP menjalankan pembangunan tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kepada kawasan berkenaan.

Dalam laporan sebelum ini, banjir kilat telah melanda di beberapa kawasan di Pulau Pinang termasuk Jalan Transfer,  Jalan Gurdwara, Jalan Macalister, Jalan Anson, Jalan Scotland dan Jalan Mount Erskine.

Kenaikan air secara mendadak dikawasan berkenaan  telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk di Georgetown sekitar jam 6.00 petang semalam.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata paras air telah meningkat pada paras 0.3m hingga 0.9m.

Sementara itu, Hon Wai menegaskan setiap pembangunan termasuk pembinaan Lebuhraya Thean Teik yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat (PR) menitik beratkan faktor keselamatan dengan membina saliran air serta longkang dan kolam takungan bagi mengelakan sebarang perkara buruk pada masa hadapan.

“Walaupun hujan amat lebat, tetapi hanya menyebabkan kenaikan air beberapa inci sepanjang Jalan Thean Teik dan Lebuhraya Thean Teik. Air surut dengan cepat dan tidak pun memasuki rumah atau sekolah,” kata Wong yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang.


“Kenyataan Teng silap dan cuba menangguk di air keruh. Saya perlu mengingatkan beliau tentang sejarah banjir besar Thean Teik angkara pembangunan berlebihan BN dan janganlah putar-belit (isu banjir), ” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana