Sendiri bikin salah...Ali ikut jejak blogger sex Alvin cabut ke luar negara

Ini lagak orang yang cuma berani memekak di facebook dan media sosial.Sendiri bikin salah akhirnya kecut cabut ke luar negara dan tuduh kononya keselamatannya terancam.
Blogger seks Alvin Tan yang lari ke Amerika baru-baru ini setelah berdepan kes mempersenda agama Islam dengan aksi hidangan daging babi Bak Kut Teh waktu bulan Ramadan nampaknmya sudah ada geng.

Seorang aktivis pembangkang yang berdepan dengan tiga kes Akta Hasutan Ali Abdul Jalil,29 pula lari ke Sweden.

Seperti juga Alvin,kesalahan yang dilakukan oleh Ali memang serius.Dia telah menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor menerusi laman facebooknya.

Dia dikatakan lari menerusi sempadan Malaysia-Thailand dan menaiki pesawat dari Bangkok untuk ke Sweden.

Ali telah dibebaskan dengan jaminan pada 26 September lalu setelah ditahan selama 22 hari untuk siasatan dan menghadapi tuduhan di mahkamah di Selangor dan Johor kerana menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor.

Dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pada 8 September dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM 5,000.Pada hari sama dia ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Ali ditahan di Penjara Sungai Buloh selama 15 hari dan dibebaskan dengan jaminan pada 23 September.

Kemudian dia dibawa ke penjara Johor Bharu Selatan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di situ sebelum dibebaskan dengan jaminan pada 26 September.

Namun setelah terlepas lari ke Sweden,Ali mendakwa menerusi posting di facebooknya konon Malaysia tidak selamat baginya.

Tanpa ,mengimbas kesalahan serius yang dia sendiri lakukan...senang hati saja dia cakap kerajaan Malaysia dan Sultan buat dia macam sampah.

Katanya dia hendak mendapatkan perlindungan politik di Sweden.

Ali juga berlagak bergambar kibar bendera Sang Saka Malaya di facebooknya yang dimuatnaik di sana.

Seperti biasa portal pro pembangkang cuba memberi gambaran ini semua angkara Akta Hasutan.

Sedangkan perbuatan seperti dilakukan Alvin telah mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam di negara ini.

Dalam kes Ali dia bertindak seolah hendak mencabar undang sedia ada dengan membuat penghinaan terbuka terhadap institusi raja.

Kata orang berani buat tapi pengecut tak berani tanggong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana