Semua 'rahsia' dalam beg ini...Jangan Lupa Jam 4 Petang Nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenyum riang tayang beg yang mengandongi Bajet 2015.
Gambar diatas dirakam semasa beliau meninjau persiapan terakhir pembentangan bajet itu di Kementerian Kewangan di Putrajaya Khamis malam.

Semua tandatanya akan terjawab bila beliau membentangkan bajet berkenaan di Dewan Rakyat petang Jumaat.

Apakah senyuman riang Najib bersama Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan,dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengambarkan banyak berita baik akan diumum?

Rakyat seluruh negara khususnya yang berpendapatan rendah tentu ternanti-nanti untuk mendengar khabar yang boleh meringankan beban hidup mereka.

Ini lebih-lebih lagi berikutan pengurangan subsidi minyak RON95 dan diesel Khamis lalu yang menaikan harga bahan bakar itu 20 sen seliter.

Menerusi laman facebooknya,Najib berkata pembentangan Bajet 2015 sekali lagi bakal menyaksikan kerajaan berusaha memastikan kemajuan ekonomi bergerak seiring dengan kesejahteraan rakyat.

Najib yang juga Menteri Kewangan, menarik perhatian bahawa beliau pertama kali membentangkan bajet negara sebagai Perdana Menteri pada 2010.

"Alhamdulillah, sejak itu Malaysia telah mencapai tahap pertumbuhan ekonomi amat memberangsangkan dan pada masa sama, memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.

"Insya-Allah esok pada pembentangan Bajet 2015, sekali lagi kerajaan akan pastikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat berjalan seiring," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana