Sebar Fahaman Liberal : 'Saifuddin Abdullah Perlu Segera Disiasat'

KUALA LUMPUR 9 Okt - Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin mendesak pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Global Movement Of Moderates (GMM) termasuk Pengerusinya, Datuk Saifuddin Abdullah kerana menjemput pengasas Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) Dr. Ulil Abshar Abdalla pada program Meja Bulat 'Tantangan Fundametalime Agama Abad ini'.

Zulkifli berkata, dalang penganjuran ini perlu ditangkap dan disiasat segera kerana menjemput seorang pemimpin dari Indonesia  yang bukan sahaja membawa fahaman liberalisasi agama, malah turut dilaporkan membuat kenyataan menghina Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

"Saya difahamkan bahawa Dr. Ulil Abshar Abdalla telah disenaraikan sebagai salah seorang individu yang merupakan pengasas dan pemimpin Jaringan Islam Liberal di Indonesia yang menganut dan menyebarkan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme agama.

"Oleh itu saya meminta agar pihak berkuasa termasuk PDRM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Imigresen mengambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Turut sama beliau termasuk Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIIBAI), Zahid Md Arip.
Selain Ulil Abshar, antara barisan ahli panel lain yang turut serta dalam diskusi meja bulat tersebut termasuk Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Tajuddin Rosdi dan Dr. Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front.

Zulkifli turut merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan  membuat ketetapan bahawa fahaman liberalisme dan pluralisme adalah suatu ajaran sesat dan bertentangan dengan Islam menerusi laman web rasminya di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia.

"Melarang atau menghentikan dengan serta merta penganjuran majlis tersebut.

"Mengeluarkan perintah "persona non-grata" terhadap Dr. Ulil Abshar Abdalla dan melarang beliau daripada memasuki Malaysia bagi tujuan itu.

"Mengambil tindakan pendakwaan atau apa-apa prosiding berkaitan terhadap mereka-mereka yang terlibat dengan penganjuran majlis ini jika cukup bukti dan keterangan bagi tujuan itu dan menyiasat dalang dan/ atau penyumbang dana dan kewangan bagi program ini," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana