"Saya Tahu Siapa Cinta Hati Dyana" - Yammy

PETALING JAYA: "Saya tahu siapa cinta hati Dyana, tetapi bukan Zairil."

Demikian kata Yammy Samat, ibu kepada bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika diminta mengulas mengenai insiden penyebaran gambar intim anaknya itu dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, pagi Ahad.

Yammy berkata, beliau tahu sejauh mana hubungan Zairil dan Dyana yang disifatkan tidak lebih daripada sekadar teman rapat di dalam DAP.

"Memang mereka rapat tetapi tidak lebih daripada sekadar rakan seperjuangan di dalam parti. Mereka tidak bercinta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Malah, Yammy juga yakin gambar tersebut adalah palsu dan sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier anaknya.

"Sebagai seorang ibu, saya percaya itu bukan Dyana. Gambar seumpama itu juga pernah tersebar semasa Dyana bertanding di Teluk Intan," katanya.

Yammy berkata, beliau tidak marah dengan tindakan tersebut tetapi menganggap ia cabaran yang perlu diharungi Dyana sebagai individu yang bergelar ahli politik.

"Saya tidak marah. Apabila sudah jadi ahli politik dia (Dyana) perlu mengharungi semua fitnah yang dilemparkan. Yang penting dia  perlu tenang dan berjuang mengharunginya," kata Yammy.

Pada Ahad, gambar memaparkan aksi mesra dan intim di antara Zairil dan Dyana yang tersebar di laman sosial menjadi viral sejak awal pagi Ahad.

Menyedari ia mula mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua individu terlibat memberi maklum balas berhubung perkara itu.

Zairil menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik politik kotor untuk menjatuhkan karier mereka.

Sementara itu, Dyana pula berkata, tindakan itu amat menjijikkan dan menyifatkan ia perbuatan politik kotor yang sering digunakan terhadap pembangkang.

"Sebagai seorang wanita, saya sering menjadi sasaran. Saya amat marah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana