Saya anjur 'I Want To Touch A Dog' kerana Allah - Syed Azmi

PETALING JAYA: Penganjur program 'I Want To Touch A Dog', Syed Azmi Alhabshi berkata beliau menganjurkan kempen itu kerana Allah dan tiada langsung niat untuk memesongkan akidah umat Islam.

Katanya, kempen itu juga tidak bertujuan untuk mempersendakan ulama atau menggalakkan penularan elemen liberalisme di negara ini.

"Ingin saya menekankan sekali lagi program ini adalah proses pembelajaran, kaedah sertutelah diterangkan dan (kaedah) amali turut ditunjukkan.

"Ia bukan untuk memesongkan akidah atau menukar agama," katanya kepada wartawan dalam sidang medianya di Petaling Jaya, pagi ini.

Syed Azmi turut menggunakan sidang media yang sama untuk memohon maaf kepada semua pihak di atas kontroversi yang timbul.

Beliau turut mengakui bahawa program ini mempunyai kelemahannya namun menegaskan sekali lagi bahawa sebagai penganjur beliau telah bertemu dan berbincang selain turut diberikan penerangan lengkap tentang garis panduan mengendalikan anjing dari aspek Islam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

"Saya akui program ini mempunyai kelemahannya tersendiri ingin saya memohon ribuan maaf dengan secara tidak langsung menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak," katanya lagi.

Padanya, penganjuran itu tidak lebih daripada mahu menimbulkan kesedaran tentang bagaimana mahu mengendalikan haiwan itu dalam keadaan-keadaan tertentu.

Beliau juga mahu masyarakat mengikis pandangan negatif terhadap berbuat baik kepada haiwan itu.

Bagaimanapun, Syed Azmi tidak memberikan ruang kepada pemberita untuk bertanyakan lebih lanjut apabila berlalu beredar sebaik sahaja selesai membacakan kenyataan medianya.

Dalam masa sama Peguam kepada penganjur program kontreversi ini Syahredzan Johan meminta pihak yang mendakwa Syed Azmi murtad agar berhenti mengeruhkan lagi keadaan.

Syed Azmi belum membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ugutan termasuk tomahan yang diterimanya, ujar peguam itu.

"Yang memfitnah itu patut membuktikan bahawa dia murtad dan kami berharap yang memfitnah ini tolong hentikan.

"Senang kita tulis di facebook tapi kita tak kenal dia. Hanya kita nak pertahankan kesucian kita fitnah orang.

"Kami sendri tidak bercadang mengambil tindakan civil di masa hadapan lain cerita tapi dari aspek keselamatan ugutan bunuh itu kami terus buat laporan polis," ujarnya.

Untuk rekod, program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi pada minggu lalu di Petaling Jaya mendapat sambutan menggalakkan di kalangan orang ramai terutama penganut Islam.

Usai program itu, laman internet dipenuhi dengan gambar-gambar penganut beragama Islam memeluk dan memegang haiwan itu.

Program itu juga menjadi topik hanggat di kalangan pelayar internet dan rata-rata mereka mempertikaikan mengapa kempen sebegitu diadakan yang sekaligus menaikkan suhu ketegangan antara kaum di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana