Saari, Hasnul Digantung Keahlian PAS

KUALA LUMPUR 12 Okt - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang membelakang keputusan parti berhubung kemelut calon Menteri Besar Selangor digantung keahlian.

Kedua-duanya yang masing-masing mewakili kawasan Hulu Kelang dan Morib itu dikenakan tindakan selama setahun, berkuatkuasa pada Ahad.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebentar tadi.

Saari dan hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong pencalonan tunggal Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu mendapat tentangan majoriti ahli PAS yang turut mengecam kedua-dua mereka sebagai pembelot.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut melabelkan kedua-dua ADUN tersebut sebagai barua parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana