Rumah Transit 1Malaysia...Alhamdulilah Kerajaan Memang Terbaik

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Rumah Transit 1Malaysia yang dinaik taraf akan diduduki penghuni pertama pada Disember ini di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, kerja-kerja menaikkan taraf untuk dijadikan rumah transit di dua buah blok PPR yang melibatkan 632 unit itu dijangka siap sepenuhnya pada 23 November ini.

"Mesyuarat yang diadakan pada 9 Julai lalu telah memilih 632 pemohon yang akan menjadi penghuni pertama rumah transit ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahman sebelum itu meluangkan masa selama dua jam melawat projek rumah transit di Bukit Jalil dan berpuas hati dengan kerja-kerja menaik taraf yang dilakukan.

Cadangan menyediakan rumah transit itu telah ditimbulkan pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu dalam usaha membantu pasangan muda baru berkahwin menduduki rumah yang lebih selesa.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, bagi mengatasi masalah pengangkutan awam, RapidKL bersetuju menyediakan perkhidmatan bas tempatan yang menghubungkan kompleks PPR Bukit Jalil dengan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil laluan Ampang mulai Disember ini yang akan beroperasi pada kekerapan setiap 30 minit.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan juga telah menetapkan kadar sewa rumah transit iaitu RM250 sebulan dan tempoh penyewaan adalah dua tahun serta notis makluman untuk pengosongan rumah akan dikeluarkan kepada penyewa dalam tempoh enam bulan dari tarikh tamat kontrak.

"Syarat-syarat kelayakan Rumah Transit Pasangan Muda Kuala Lumpur pula adalah pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia dan berkahwin kali pertama dalam tempoh setahun daripada tarikh yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Penyewa serta berumur 30 tahun ke bawah.

"Pemohon juga tidak mempunyai rumah sendiri di Kuala Lumpur, bekerja di Lembah Klang, berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah dan tiada rekod jenayah. Pemohon juga tidak boleh menyewakan rumah transit serta tidak boleh menuntut sebarang kos untuk pindah masuk atau keluar dari rumah tersebut," katanya.

Menurut beliau, Jawatankuasa Pemilihan Penyewa Rumah Transit 1Malaysia Kuala Lumpur yang ditubuhkan bagi memilih penyewa telah menerima senarai lebih 3,000 pasangan muda di wilayah ini daripada Sistem Pendaftaran Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana