Rosmah Tidak Dapat Sesen Pun Duit Permata...PR Memang Cari Fitnah

KUALA LUMPUR 13 Okt - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak menerima peruntukan RM711 juta untuk Program Permata Negara (Permata) yang diumumkan semasa Bajet 2015 seperti didakwa beberapa pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, Permata hanya berkongsi peruntukan berkenaan dengan Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan.

"Rosmah tidak dapat sesen pun daripada Permata," kata Ahmad di lobi Parlimen hari ini.

"Dapat RM711 juta itu tidak betul. Ia keseluruhan yang diperolehi pendidikan pra sekolah," katanya dan menambah, Permata hanya berada pada kedudukan keempat daripada keseluruhan penerima belanjawan itu.

"Pecahan itu boleh didapati daripada Kementerian Kewangan," kata ahli Parlimen Pontian itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana