Rakyat mahu yang terbaik....Nanti Puak PR Kata Gula Gula Lagi Tu

BAJET yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada sidang Parlimen tidak lama lagi ini sudah pasti mendebarkan rakyat.

Rakyat mengharapkan yang terbaik untuk meringankan beban memandangkan senario kenaikan harga barang dan gaji yang tidak setimpal dan tidak lagi mampu untuk mengatasi batasan kemelut di antara pendapatan dan perbelanjaan seseorang atau individu yang bergaji rendah.

Bayangkan seseorang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tinggal di bandar-bandar besar yang sewa rumahnya sudah tentu mahal serta perlu fikirkan pula tentang tambang pengangkutan harian untuk ke tempat kerja dan perbelanjaan keluarga termasuk tambang anak-anak ke sekolah.

Mohon budi bicara Menteri Kewangan menaikkan gaji pekerja sektor awam dan diberikan garis panduan untuk skim gaji bagi pekerja sektor swasta agar seimbang di antara pendapatan dengan perbelanjaan.

Ia sekurang-kurangnya dapat menampung tanggungan sesebuah keluarga itu dengan sempurna sejajar dengan sebuah negara yang akan menjadi sebuah negara maju dalam hanya beberapa tahun lagi.

Kita tidak mahu melihat hanya negara sahaja tampak maju dan makmur tetapi kehidupan rakyat masih belum berubah malahan bertambah sempit.

Sebagai iktibar dan contoh yang terbaik di negara-negara yang telah mencapai sebagai kemajuan, rakyatnya menikmati segala kemudahan dan hidup bergaya dengan membolehkan mereka bukan sahaja merasa selesa dengan kenikmatan hidup harian tetapi juga ramai mampu melancong keluar negara setiap kali musim cuti.

Hospital, sekolah dan tempat rekreasi di negara-negara maju memberikan layanan bertaraf bintang kepada rakyatnya. Begitu juga warga emas diberikan keistimewaan dan keutamaan di dalam kehidupan harian mereka.

Walau apa pun, diharapkan kerajaan memansuhkan cukai termasuk susu tepung import dan lampin bayi kerana harga setin susu yang sederhana besarnya itu sudah mencecah hampir RM100 setin yang hanya mampu bertahan untuk seminggu untuk bayi menyusu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana