Rai kemenangan besar BN... sepetang bersama PM di Pengkalan Kubor

Ketika BN diisytiharkan menang besar di DUN Pengkalan Kubor 25 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada berada di New York menghadiri persidangan PBB.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghubungi Najib untuk memberitahu berita gembira tersebut.

Najib kemudiannya mengucapkan tahniah kepada jentera BN dan berjanji akan bertemu segera dengan YB baru Haji Mat Razi.

Pada Sabtu, Najib mengotakan janjinya.

Sepetang di Pengkalan Kubor dengan tiga program utama.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada 2.55 petang tadi disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Kelantan serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau kemudian menghadiri majlis perjumpaan dengan masyarakat Siam Kelantan di Kampung Jubakar, Tumpat.

Masyarakat Siam merupakan pengundi setia BN di Pengkalan Kubor sejak tiga penggal lalu.

Menurut Najib, sokongan masyarakat Siam kepada BN membuktikan mereka penyokong setia kerajaan BN.

"Antara faktor kemenangan BN di Pengkalan Kubor adalah sokongan luar biasa masyarakat Siam, kita akan terus bantu masyarakat Siam di sini dan tempat lain di Kelantan," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 2,000 anggota masyarakat Siam.

Najib berkata sebagai tanda penghargaan atas sokongan masyarakat Siam, kerajaan BN meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan dewan komuniti untuk komuniti itu di Pengkalan Kubor.

Menurut perdana menteri, sebagai menghargai sokongan dan jasa masyarakat Siam di Kelantan, beliau akan datang semula ke negeri itu untuk meraikan mereka pada satu majlis khas.

Terdapat kira-kira 25,000 anggota masyarakat Siam di Kelantan serta 1,728 pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

Daripada jumlah itu, 90 peratus pengundi menyokong BN pada PRK Pengkalan Kubor.

Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Asar di Masjid Simpangan, Simpangan, Tumpat serta melawat Pondok Simpangan iaitu pusat pengajian Islam berhampiran masjid berkenaan.

Najib akan mengakhiri lawatannya dengan menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur Sabtu malam.

dalam PRK Pengkalan Kubor baru-baru ini, BN yang diwakili Mat Razi Mat Ail mengekalkan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,635 undi mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana