Punca Letupan Bom Di Bukit Bintang Didedahkan

Polis mendedahkan pergaduhan yang melibatkan kumpulan gengster dipercayai menjadi punca insiden letupan bom di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian berkenaan yang dipercayai menggunakan bom tangan.

Polis mengesahkan dua butir bom tangan dipercayai digunakan dalam kejadian letupan di Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Sumber polis berkata, bagaimanapun satu daripadanya tidak meletup dan kini pihak polis sedang menunggu skuad pemusnah untuk memastikan keadaan benar-benar selamat.

Polis turut menolak kemungkinan bahan letupan yang digunakan adalah bom buatan sendiri.

Seorang joki kereta turut tercedera dalam letupan terbabit dihantar ke ICU Hospital Kuala Lumpur.

13 yang lain cedera dihantar ke HKL dan Hospital Tung Shin.

Setakat ini, 11 mangsa dirawat di di Hospital KL akibat terkena bom di Bukit Bintang iaitu lima warga tempatan, empat warga China dan seorang warga Singapura.

Mangsa-mangsa yang dikenalpasti identitinya:

1. Teoh Keow Meng

2. Ma Yunfeng (China)

3. Yong Jia Qin (China)

4. Lim Soon Hock

5. Yoo Loo Hock

6. Wong Kim Teng (Singapura)

7. Jasu Sae Yor (Thailand)

8. Ravindren

9. Tiong Kwang Yie

Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki kereta Toyota Vellfire apabila salah satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.

Mangsa-mangsa merupakan pelanggan kelab malam dan penghuni hotel-hotel berdekatan. Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda, BMW turut rosak dalam letupan itu.

Kes diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh di bawah Akta Senjata Api.



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana